Tuesday, May 15, 2012

Roselle yang lazat & berkhasiat

Teringat saya masa kecik-kecik dulu arwah ayah ada tanam pokok ni kat tepi rumah. Masa tu tak tau pun nama dia roselle, kami panggil buah ribena jer sebab rasanya hampir-hampir sama. Bila berbuah jer ayah akan masak buat jus bagi kitorang adik beradik buat ganti ribena ( yang kami suka sangat time tu).

Lepas dah berpuluh tahun kemudian baru la saya dapat rasa balik roselle ni. Tak macam dulu, sekarang ni roselle ni dah popular cuma samada kita perasan dengan tak jer.

First time try buat jus roselle tak menjadi, sebab tertidor masa tengah masak, sedar-sedar dah hangit atas dapur. Nasib baik la time ni buka buah yang tanam sendiri tapi beli dari pasar malam. Second time cuba dengan hasil kutipan yang pertama pokok roselle saya…

Ini hasil kutipan pertama pokok roselle, banyak la jugak ada lebih 20 biji.


…tapi hasilnya tak lah seperti yang diharapkan sebab ada rasa-rasa getah sikit pada air roselle yang dah jadi tu. Rasanya mungkin sebab saya campurkan kelopak atas dan kelopak bawah buah roselle yang sedikit bergetah sekali gus sebab tu la rasa dia macam tu. Third time saya improvise sikit, kali ni saya tambah sedikit kayu manis & bunga cengkih masa masak jus roselle, hasilnya memang seperti yang diharapkan, tak der lagi rasa getah.

Ok ni cara nak buat jus roselle ni :
Bahan-Bahan :
  1. 20 biji Buah roselle – ambil kelopak bunga sahaja dan bersihkan, biji dibuang.
  2. 1 liter air.
  3. 1 cawan gula
  4. 1 btg kayu manis
  5. 3 kuntum bunga cengkih
Cara-Cara ;
  1. Campurkan semua bahan dalam periuk dan masak selama 20 – 25 minit api sederhana atau sehingga campuran kelihatan agak sedikit likat.
  2. Biarkan sejuk , buang kayu manis dan bunga cengkih dan simpan pati roselle sehingga hendak diminum.
  3. P.S :Jangan buang kelopak roselle yang telah dimasak tadi sebab itu lah bahagian yang paling sedap sekali untuk dimakan.
Roselle yang dipetik untuk dibuat pati / jus.
Paling kiri – Jus roselle yang telah dibancuh. Tengah – pati roselle yang dibuat dari kelopak atas sahaja. Kanan – pati roselle yang dibuat dari kelopak bawah sahaja dan ditambah kayu manis dan bunga cengkih.
Roselle ni dia sebenarnya sangat masam rasa dia, sebab tu kena balancekan dengan jumlah gula yang cukup nak bagi dia rasa sedap.Sehingga post ini diterbitkan saya dah harverst roselle tu sebanyak 4 kali dan buahnya masih lagi tumbuh & semakin lebat. Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment