Beberapa bulan yang lepas dalam perjalanan nak balik ke rumah mertua,
terniat pulak nak singgah di RTC Gopeng / Simpang Pulai. Saja nak tengok
kot-kot ada diorang jual anak-anak pokok sayur yang boleh dibeli. Bagi
yang tak tau RTC Gopeng ni kat mana ni map dia :
View Larger Map
Di RTC ni macam-macam ada khususnya untuk orang-orang yang nak cari
barang pertanian , ikan , ayam, daging dan banyak lagi. Senang cakap
lebih kurang macam pasar basah la cuma kawasan dia amatlah besar.
Tapi part yang paling aku suka kat situ adalah nursery dia. Sempatla
sambar 4-5 batang anak pokok & sayur-sayur yang diorang nak clear
dengan harga yang amat murah. Brader tu cakap lepas PM datang rasmi
(beberapa hari sebelum tu) semua display item kena clear kalau tak rugi.
Sementelah kat sana kitorang sempat la tengok-tengok edible garden yang nursery tu setup, alhamdulillah bertambah sikit ilmu.
 |
Ni diorang tanam sayur hydrophonic, rasa macam kat Cameron pulak |
 |
Ayah itu ais! |
 |
Adam excited tengok pokok-pokok sayur. |
 |
Mama tengah sound Adam yang tak duduk diam.. |
 |
Kat sini la saya dapat ilmu sikit cara tanam labu,memanjat rupanya labu ni.
|
 |
Sayur sawi, setakat ni saya tak berjaya lagi makan hasil tanam sendiri sungguh pun dah beberapa kali try tanam – tak menjadi. |
 |
Terung brinjal – kat rumah parent dulu saya ada tanam pokok ni. Sekarang
ni masih lagi mencuba untuk tanam sendiri dari benih, sebab susah
sangat nak cari nursery yang ada jual anaknya |
 |
Daum kesum/cendehum ni orang kata mesti kena tanah yang lembap, itu pasal la diorang pakai sungkupan sabut kelapa tu kot. |
 |
Kucai best jugak kalau tanam sayur ni dalam pasu.
|
 |
Ni la first time tengok pokok cekur, rasanya orang pakai buat masak nasik kerabu…kot.
|
Best Casinos in New Jersey - Mapyro
ReplyDeleteNew Jersey 충청북도 출장마사지 · Golden Nugget Hotel Casino & Spa · 충주 출장마사지 Caesars Atlantic City Hotel & 양주 출장마사지 Casino · Hollywood 공주 출장샵 Casino at Charles Town Races · 안동 출장안마 The Forum at