Setahun yang lepas saya ambik keputusan untuk turunkan berat badan atas
sebab masalah kesihatan. Ikut kata orang cara yang paling baik untuk
maintain tahap penurunan tu dalam tempoh yang panjang adalah dengan
mengubah terus gaya hidup. Banyak benda yang saya ubah & salah satu
darinya adalah dengan berkebun. Saya memang minat sangat berkebun, masa
duduk rumah parent dulu rajinlah juga menyangkul belakang rumah tanam
tomato, terung dan beberapa lagi sayur-sayur lain. Lepas pindah ke
kuartes, dapat tingkat 2 pulak tu, memang x der chance la nak meneruskan
aktiviti saya suka tu. Lepas setahun saya dan isteri decide nak beli
rumah, kitorang setuju satu ciri yang mesti ada pada rumah kitorang
adalah tanah untuk berkebun. So hujung tahun 2010 kitorang pindah
pindah masuk rumah baru, dan dapat lah saya meneruskan hobi berkebun.
Maka wujudlah taman dapurku atau edible garden kata orang putih yang
diberi nama
“Hobbits Garden”.
 |
Kebun dapurku – walaupun kawasan tak besar tapi alhamdullah banyak benda
boleh tanam. Masa ni kangkung masih segar lagi dan labu pun belum
berbuah. |
 |
Ni pokok cili variety kulai saya beli dari RTC Simpang Pulai. Brader tu
tolak RM 10 jer pokok ni siap dengan pasu sekali. Sekali berbuah saya
kira hari tu ada la dekat 20 biji…huh memang berbaloi…tapi tu la dia,
dapat merasa makan sekali tu jer…lepas tu pokok ni mati…tak tau la tah
tangan saya ker yang panas atau cuaca yang terlampau panas. |
 |
Ni bapak segala bendi, saiz dia pun dah dekat sama dengan tanduk kerbau.
Melawak jer…sebenarnya ni bendi atau lady finger atau okra yang sengaja
diarkan tua atas pokok untuk saya buat benih baru memandangkan pokok
dia dah lebih tinggi dari saya. Sungguhpun macam tu still dapat ambik
hasil at least 2 kali seminggu. |
 |
Taman dapur belakang rumah, kalau korang tertanya kenapa tanah tu bersih
jer dan tak nampak bersemak…jawapannya sbb saya baru lepas
meracun…pakai racun rumpai. |
 |
Ketinggian pokok bendi ni dah lepas tembok belakang tu masa saya cantas
dia…terima kasihlah puas makan hasil. Sekarang ni generasi kedua pokok
ni pulak yang membuahkan hasil. Disebabkan ada pucuk baru yang tumbuh
dekat pangkal batang bendi ni so tak tergamakla saya nak buang dia,
alhamdullah pucuk tu pun dah berbuah..hehehe. Yang kat depat tu pulak
jambu tak der biji yang orang selalu beli dekat R&R belah utara.
Anak pokok dia saya beli kat R&R Tapah. Setakat ni dah 2 kali
berputik tapi belum ada buah yang lekat. |
 |
Ni pokok roselle, bagus tanam pokok ni sebab rasanya memang sama macam
blackcurrant / ribena tapi yang buat dia lagi bagus adalah kandungan
vitamin C nya yang lebih tinggi. |
 |
Ni pulak barisan pokok limau saya, macam-macam jenis limau ada, limau
kasturi, limau nipis & limau purut. Hari tu limau sankist pun ada
tapi tak mau hidup. Dalam banyak-banyak pokok limau saya paling suka
pokok limau kasturi sebab bau pokoknya amatlah wangi rasanya sebab tu
kot orang bagi nama kasturi. Tapi yang paling tak best dengan pokok
limau adalah ulat sangat suka hinggap dan makan pucuk-pucuk baru
membuatkan dia susah sikit nak jaga. Terpaksalah saya hari-hari pergi
check/musnahkan ulat daun, kalau time malas sembur racun jer. |
Ni antara pokok / sayur / ulam-ulaman yang ditanam buat masa ni..more to come :
- Roselle
- Kacang panjang
- Kangkung
- Labu Manis
- Tomato
- Serai
- Cabai burung
- Cabai kontot
- Bendi
- Ubi keledek
- Cabang tiga / Tenggek burung.
- Daun kari
- Limau nipis
- Limau purut
- Limau Kasturi.
- Kailan
- Sawi
- Kesum
- Daun parsly
- Kunyit
- Daun Pandan
- Peria
- Sayur Manis /Cekur Manis /Daun Asin
- Keladi
- Lambok
No comments:
Post a Comment