Wednesday, May 23, 2012

Menyemai anak benih.

Pengalaman tanam pokok dari benih bukanlah perkara yang mudah , sebabnya kadar percambahan benih ni tak menentu kadang-kadang ada yang menjadi kadang - kadang tidak. Banyak faktor yang terlibat kualiti benih, tempoh expired, tanah ,cuaca, air , kulat & macam-macam lagi.

Saya selalu jugak beli anak benih ni dari kedai, tapi bila tanam tak tumbuh-tumbuh - dah expired kot, sebab tu saya lebih suka beli anak pokok jer terus dari nursery, masalahnyer pulak selalunya pokok yang kita nak tu tak semestinya ada.

Oleh sebab tu la walaupun kadar pertumbuhan yang tak menentu, tapi saya lebih prefer tanam sendiri jer. Untuk memastikan kadar percambahan anak benih yang lebih tinggi, kali ni saya lebih suka beli biji benih yang berkualiti, biasanya dia mahal sikit , ada yang sampai RM 4/paket , tp paket cantik sikit pakai plastik berkilat yang macam foil tu. Dan selalu jugak saya sediakan benih sendiri dari buah-buah / benih sayur yang dah tua.

 Nak sediakan benih ni senang jer, saya jemurkan buah tua tu bawah matahari sampai kering (biasanya akan ambil beberapa hari) dan simpan bila nak pakai. Benih ni kena rendam dulu dalam air beberapa jam sebelum disemai ada orang kata kat saya 2 jam jer dah cukup, tapi kadang-kadang saya terendam sampai sehari semalam pun alhamdulillah boleh bercambah jugak benih tu. Kalau petai komersil diorang tambahkan bahan anti-kulat masa merendam tu ('Thiram" nama dia kalau tak silap) untuk pastikan benih tak diserang kulat & mati, saya tak pernah buat pun sbb buat makan sendiri jer.

Lepas dah rendam saya akan lembapkan tanah dalam tray semaian, tanam anak benih & tawakal pada Allah. Kalau ada rezeki kita, dapat la makan tak lama lagi.


Ni tray semaian yang saya gunakan. Dan kosong sebab ada yang dah dipindah dalam polybeg & ada jugak yang tak menjadi. Yang masih tinggal kailan & sawi. yang macam tak berapa yang menjadi.
Setelah 1 atau 2 minggu benih bercambah, eloklah kita jemurkan sekejap-sekejap pada matahari supaya daun dia boleh melebar dan batangnyer tak kurus & memanjang. Tapi yang paling penting air dia nak kena jaga jugak, kalau tak nanti mati kering pokok tu. Walau bagaimana pun amat tak digalakkan untuk membaja pada peringkat ni kalau korang pun tak tau sukatan yang betul (macam saya) lebih-lebih lagi baja kimia sebab takut terlebih sukatan dan anak pokok akan mati bila baja terkena pada akar dia directly..

Ini anak pokok cabai kontot, Pokok ni mati tak lama lepas saya beli dari RTC Gopeng, tapi saya biarkan buah-buah cabai yang tinggal kering di pokok, kemudian saya semai balik dalam pasu yang sama. Alhamdulillah hampir sebulan kemudian ini hasilnya.

Ni gambar anak - anak pokok setelah 2 minggu dipindahkan
Barisan anak - anak pokok yang baru dipindah dari tray semaian ke polybeg, ada pokok kacang panjang , bendi, serai, peria, & cabai (tak tau lagi cabai burung ker atau cabai masak)
Sebab apa yang saya kata tak tau lagi jenis anak cabai yang tumbuh kat atas tu, sebab benih cabai burung & cabai masak saya semai sekali dalam pot yang sama. Benih cabai burung ni pulak saya sediakan sendiri dari cabai yang dah tua dan kering dalam peti ais manakala cabai masak pulak saya guna biji cabai kering.. hahaha...tak tau la cabai apa yang tumbuh ni, tawakal jer la.

Ini pokok kacang panjang yang dah mula memanjang. Pancang ni saya buat guna penyidai besi gantung baju dalam rumah yang dah rosak..hehehe nasib baik tak buang.

No comments:

Post a Comment