Wednesday, May 23, 2012

Menyemai anak benih.

Pengalaman tanam pokok dari benih bukanlah perkara yang mudah , sebabnya kadar percambahan benih ni tak menentu kadang-kadang ada yang menjadi kadang - kadang tidak. Banyak faktor yang terlibat kualiti benih, tempoh expired, tanah ,cuaca, air , kulat & macam-macam lagi.

Saya selalu jugak beli anak benih ni dari kedai, tapi bila tanam tak tumbuh-tumbuh - dah expired kot, sebab tu saya lebih suka beli anak pokok jer terus dari nursery, masalahnyer pulak selalunya pokok yang kita nak tu tak semestinya ada.

Oleh sebab tu la walaupun kadar pertumbuhan yang tak menentu, tapi saya lebih prefer tanam sendiri jer. Untuk memastikan kadar percambahan anak benih yang lebih tinggi, kali ni saya lebih suka beli biji benih yang berkualiti, biasanya dia mahal sikit , ada yang sampai RM 4/paket , tp paket cantik sikit pakai plastik berkilat yang macam foil tu. Dan selalu jugak saya sediakan benih sendiri dari buah-buah / benih sayur yang dah tua.

 Nak sediakan benih ni senang jer, saya jemurkan buah tua tu bawah matahari sampai kering (biasanya akan ambil beberapa hari) dan simpan bila nak pakai. Benih ni kena rendam dulu dalam air beberapa jam sebelum disemai ada orang kata kat saya 2 jam jer dah cukup, tapi kadang-kadang saya terendam sampai sehari semalam pun alhamdulillah boleh bercambah jugak benih tu. Kalau petai komersil diorang tambahkan bahan anti-kulat masa merendam tu ('Thiram" nama dia kalau tak silap) untuk pastikan benih tak diserang kulat & mati, saya tak pernah buat pun sbb buat makan sendiri jer.

Lepas dah rendam saya akan lembapkan tanah dalam tray semaian, tanam anak benih & tawakal pada Allah. Kalau ada rezeki kita, dapat la makan tak lama lagi.


Ni tray semaian yang saya gunakan. Dan kosong sebab ada yang dah dipindah dalam polybeg & ada jugak yang tak menjadi. Yang masih tinggal kailan & sawi. yang macam tak berapa yang menjadi.
Setelah 1 atau 2 minggu benih bercambah, eloklah kita jemurkan sekejap-sekejap pada matahari supaya daun dia boleh melebar dan batangnyer tak kurus & memanjang. Tapi yang paling penting air dia nak kena jaga jugak, kalau tak nanti mati kering pokok tu. Walau bagaimana pun amat tak digalakkan untuk membaja pada peringkat ni kalau korang pun tak tau sukatan yang betul (macam saya) lebih-lebih lagi baja kimia sebab takut terlebih sukatan dan anak pokok akan mati bila baja terkena pada akar dia directly..

Ini anak pokok cabai kontot, Pokok ni mati tak lama lepas saya beli dari RTC Gopeng, tapi saya biarkan buah-buah cabai yang tinggal kering di pokok, kemudian saya semai balik dalam pasu yang sama. Alhamdulillah hampir sebulan kemudian ini hasilnya.

Ni gambar anak - anak pokok setelah 2 minggu dipindahkan
Barisan anak - anak pokok yang baru dipindah dari tray semaian ke polybeg, ada pokok kacang panjang , bendi, serai, peria, & cabai (tak tau lagi cabai burung ker atau cabai masak)
Sebab apa yang saya kata tak tau lagi jenis anak cabai yang tumbuh kat atas tu, sebab benih cabai burung & cabai masak saya semai sekali dalam pot yang sama. Benih cabai burung ni pulak saya sediakan sendiri dari cabai yang dah tua dan kering dalam peti ais manakala cabai masak pulak saya guna biji cabai kering.. hahaha...tak tau la cabai apa yang tumbuh ni, tawakal jer la.

Ini pokok kacang panjang yang dah mula memanjang. Pancang ni saya buat guna penyidai besi gantung baju dalam rumah yang dah rosak..hehehe nasib baik tak buang.

Wednesday, May 16, 2012

Alkisah labu bin kundur

Korang jangan kisah sangat pasal tajuk kat atas tu. Post ni nak cerita pasal pokok labu pulak kali ni. Kat garden saya labu ni tumbuh secara tak dirancang sebenarnya. Adala satu hari tu lepas masak labu yang dibeli kat pasar malam, orang rumah saya campakkan jer biji-biji labu tu atas patch kangkung kitorang.

Kangkung ni pulak saya tanam dalam polybag putih sebenarnya tapi dia menjalar keluar so disebabkan tanah kitorang ni tak berapa nak subur mungkin sebab masa diorang buat rumah ni diorang buang kapur lebih belakang rumah, tanam apa pun atas tanah asal macam tak berapa nak menjadi sangat. Tah macam mana tah satu hari tu lepas mesin rumput keliling rumah, terdapat ilham pulak nak lambakkan rumput-rumput yang dah kena potong tu keliling polybang kangkung buat jadi kompos. Alhamdullah subur jer kangkung mejalar atas rumput kering tu.

Bila orang rumah saya buang biji labu atas dia dalam seminggu jer mencanak-canak anak labu bercambah dari benih dia.Mulanya tak berapa nak harap sangat labu ni akan menjadi tapi makin lama makin besar, so harapan nak makan buat labu ni makin cerah nampaknya.

Banyak benda yang saya belajar dari pokok labu ni. Rupa-rupanya baru tau yang labu ni ada bunga jantan dan bunga betina. Bunga jantan paling kerap tumbuh dan bentuk dia macam bunga la. Tapi bunga betina ni pulak rupa dia macam bunga jantan tapi di bawah dia ada putik buah labu dan dia jarang sekali keluar berbanding bunga jantan. Tengok macam gambar kat bawah ni:

Ni rupa bunga jantan.
Ha yang ni la rupa bentuk bunga betina pokok labu tapi dah kuncup.
 Bila dah keluar bunga betina rupanya tak semestinya buah labu akan jadi. Kita kena senyawakan bunga jantan dan betina baru putik labu akan membesar, kalau tak alamatnya dia akan menguning dan gugur. Pensenyawaan ni kena buat sebelah pagi antara pukul 7 ke pukul 8 sebab bunga labu akan mula kembang waktu tu. Disebabkan di taman saya kurang ajen senyawa yang asli (lebah,kumbang dsbg) saya lebih selesa buat sendiri secara manual. Cara dia saya patahkah satu bunga jantan dan geselkan stigmanya ke stigma bunga betina & tawakal itu jer. kalau menjadi esoknya putik labu akan  membesar, kalau tak dia akan kuning dan gugur.

Bagi satu jalur pokok labu cuma sebiji buah sahaja yang akan menjadi dan bunga-bunga betina lain dalam jalur yang sama(jika tumbuh) akan gugur sekiranya persenyawaan berjaya. Sape-sape yang suka makan pucuk labu, korang boleh ambil pucuk labu yang ada dari jalur yang dah tersenyawa. Sedap jugak dapat makan masak lemak pucuk labu dengan keledek. Satu lagi saya perasan bunga betina dari jalur yang memanjat ada kebarangkalian yang lebih tinggi untuk menjadi berbanding yang melata. Tak tau la fakta ni betul atau tidak.

Saya dah rugi tiga biji putik labu baru saya dapat belajar pasal benda ni. Harap-harap sesiapa yang nak tanam pokok labu tu boleh ambik iktibar sedikit - sebanyak dari kisah "Labu bin Kundur" ni.

Labu yang baru tersenyawa. Huh berkilat lagi.
Buah labu yang sama setelah beberapa minggu. Dah tak berkilat lagi dah.

Tuesday, May 15, 2012

Roselle yang lazat & berkhasiat

Teringat saya masa kecik-kecik dulu arwah ayah ada tanam pokok ni kat tepi rumah. Masa tu tak tau pun nama dia roselle, kami panggil buah ribena jer sebab rasanya hampir-hampir sama. Bila berbuah jer ayah akan masak buat jus bagi kitorang adik beradik buat ganti ribena ( yang kami suka sangat time tu).

Lepas dah berpuluh tahun kemudian baru la saya dapat rasa balik roselle ni. Tak macam dulu, sekarang ni roselle ni dah popular cuma samada kita perasan dengan tak jer.

First time try buat jus roselle tak menjadi, sebab tertidor masa tengah masak, sedar-sedar dah hangit atas dapur. Nasib baik la time ni buka buah yang tanam sendiri tapi beli dari pasar malam. Second time cuba dengan hasil kutipan yang pertama pokok roselle saya…

Ini hasil kutipan pertama pokok roselle, banyak la jugak ada lebih 20 biji.


…tapi hasilnya tak lah seperti yang diharapkan sebab ada rasa-rasa getah sikit pada air roselle yang dah jadi tu. Rasanya mungkin sebab saya campurkan kelopak atas dan kelopak bawah buah roselle yang sedikit bergetah sekali gus sebab tu la rasa dia macam tu. Third time saya improvise sikit, kali ni saya tambah sedikit kayu manis & bunga cengkih masa masak jus roselle, hasilnya memang seperti yang diharapkan, tak der lagi rasa getah.

Ok ni cara nak buat jus roselle ni :
Bahan-Bahan :
  1. 20 biji Buah roselle – ambil kelopak bunga sahaja dan bersihkan, biji dibuang.
  2. 1 liter air.
  3. 1 cawan gula
  4. 1 btg kayu manis
  5. 3 kuntum bunga cengkih
Cara-Cara ;
  1. Campurkan semua bahan dalam periuk dan masak selama 20 – 25 minit api sederhana atau sehingga campuran kelihatan agak sedikit likat.
  2. Biarkan sejuk , buang kayu manis dan bunga cengkih dan simpan pati roselle sehingga hendak diminum.
  3. P.S :Jangan buang kelopak roselle yang telah dimasak tadi sebab itu lah bahagian yang paling sedap sekali untuk dimakan.
Roselle yang dipetik untuk dibuat pati / jus.
Paling kiri – Jus roselle yang telah dibancuh. Tengah – pati roselle yang dibuat dari kelopak atas sahaja. Kanan – pati roselle yang dibuat dari kelopak bawah sahaja dan ditambah kayu manis dan bunga cengkih.
Roselle ni dia sebenarnya sangat masam rasa dia, sebab tu kena balancekan dengan jumlah gula yang cukup nak bagi dia rasa sedap.Sehingga post ini diterbitkan saya dah harverst roselle tu sebanyak 4 kali dan buahnya masih lagi tumbuh & semakin lebat. Selamat mencuba.

Kunjungan ke RTC Gopeng

Beberapa bulan yang lepas dalam perjalanan nak balik ke rumah mertua, terniat pulak nak singgah di RTC Gopeng / Simpang Pulai. Saja nak tengok kot-kot ada diorang jual anak-anak pokok sayur yang boleh dibeli. Bagi yang tak tau RTC Gopeng ni kat mana ni map dia :


View Larger Map

Di RTC ni macam-macam ada khususnya untuk orang-orang yang nak cari barang pertanian , ikan , ayam, daging dan banyak lagi. Senang cakap lebih kurang macam pasar basah la cuma kawasan dia amatlah besar.

Tapi part yang paling aku suka kat situ adalah nursery dia. Sempatla sambar 4-5 batang anak pokok & sayur-sayur yang diorang nak clear dengan harga yang amat murah. Brader tu cakap lepas PM datang rasmi (beberapa hari sebelum tu) semua display item kena clear kalau tak rugi.

Sementelah kat sana kitorang sempat la tengok-tengok edible garden yang nursery tu setup, alhamdulillah bertambah sikit ilmu.

Ni diorang tanam sayur hydrophonic, rasa macam kat Cameron pulak
Ayah itu ais!
Adam excited tengok pokok-pokok sayur.

Mama tengah sound Adam yang tak duduk diam..
Kat sini la saya dapat ilmu sikit cara tanam labu,memanjat rupanya labu ni.
Sayur sawi, setakat ni saya tak berjaya lagi makan hasil tanam sendiri sungguh pun dah beberapa kali try tanam – tak menjadi.
Terung brinjal – kat rumah parent dulu saya ada tanam pokok ni. Sekarang ni masih lagi mencuba untuk tanam sendiri dari benih, sebab susah sangat nak cari nursery yang ada jual anaknya
Daum kesum/cendehum ni orang kata mesti kena tanah yang lembap, itu pasal la diorang pakai sungkupan sabut kelapa tu kot.
Kucai best jugak kalau tanam sayur ni dalam pasu.
Ni la first time tengok pokok cekur, rasanya orang pakai buat masak nasik kerabu…kot.

Monday, May 14, 2012

For the love of everythings that grow…

Setahun yang lepas saya ambik keputusan untuk turunkan berat badan atas sebab masalah kesihatan. Ikut kata orang cara yang paling baik untuk maintain tahap penurunan tu dalam tempoh yang panjang adalah dengan mengubah terus gaya hidup. Banyak benda yang saya ubah & salah satu darinya adalah dengan berkebun. Saya memang minat sangat berkebun, masa duduk rumah parent dulu rajinlah juga menyangkul belakang rumah tanam tomato, terung dan beberapa lagi sayur-sayur lain. Lepas pindah ke kuartes, dapat tingkat 2 pulak tu, memang x der chance la nak meneruskan aktiviti saya suka tu. Lepas setahun saya dan isteri decide nak beli rumah, kitorang setuju satu ciri yang mesti ada pada rumah kitorang adalah tanah untuk berkebun. So hujung tahun  2010 kitorang pindah pindah masuk rumah baru, dan dapat lah saya meneruskan hobi berkebun. Maka wujudlah taman dapurku atau edible garden kata orang putih yang diberi nama “Hobbits Garden”.
Kebun dapurku – walaupun kawasan tak besar tapi alhamdullah banyak benda boleh tanam. Masa ni kangkung masih segar lagi dan labu pun belum berbuah.
Ni pokok cili variety kulai saya beli dari RTC Simpang Pulai. Brader tu tolak RM 10 jer pokok ni siap dengan pasu sekali. Sekali berbuah saya kira hari tu ada la dekat 20 biji…huh memang berbaloi…tapi tu la dia, dapat merasa makan sekali tu jer…lepas tu pokok ni mati…tak tau la tah tangan saya ker yang panas atau cuaca yang terlampau panas.
Ni bapak segala bendi, saiz dia pun dah dekat sama dengan tanduk kerbau. Melawak jer…sebenarnya ni bendi atau lady finger atau okra yang sengaja diarkan tua atas pokok untuk saya buat benih baru memandangkan pokok dia dah lebih tinggi dari saya. Sungguhpun macam tu still dapat ambik hasil at least 2 kali seminggu.
Taman dapur belakang rumah, kalau korang tertanya kenapa tanah tu bersih jer dan tak nampak bersemak…jawapannya sbb saya baru lepas meracun…pakai racun rumpai.
Ketinggian pokok bendi ni dah lepas tembok belakang tu masa saya cantas dia…terima kasihlah puas makan hasil. Sekarang ni generasi kedua pokok ni pulak yang membuahkan hasil. Disebabkan ada pucuk baru yang tumbuh dekat pangkal batang bendi ni so tak tergamakla saya nak buang dia, alhamdullah pucuk tu pun dah berbuah..hehehe. Yang kat depat tu pulak jambu tak der biji yang orang selalu beli dekat R&R belah utara. Anak pokok dia saya beli kat R&R Tapah. Setakat ni dah 2 kali berputik tapi belum ada buah yang lekat.
Ni pokok roselle, bagus tanam pokok ni sebab rasanya memang sama macam blackcurrant / ribena tapi yang buat dia lagi bagus adalah kandungan vitamin C nya yang lebih tinggi.
Ni pulak barisan pokok limau saya, macam-macam jenis limau ada, limau kasturi, limau nipis & limau purut. Hari tu limau sankist pun ada tapi tak mau hidup. Dalam banyak-banyak pokok limau saya paling suka pokok limau kasturi sebab bau pokoknya amatlah wangi rasanya sebab tu kot orang bagi nama kasturi. Tapi yang paling tak best dengan pokok limau adalah ulat sangat suka hinggap dan makan pucuk-pucuk baru membuatkan dia susah sikit nak jaga. Terpaksalah saya hari-hari pergi check/musnahkan ulat daun, kalau time malas sembur racun jer.

Ni antara pokok / sayur / ulam-ulaman yang ditanam buat masa ni..more to come :
  1. Roselle
  2. Kacang panjang
  3. Kangkung
  4. Labu Manis
  5. Tomato
  6. Serai
  7. Cabai burung
  8. Cabai kontot
  9. Bendi
  10. Ubi keledek
  11. Cabang tiga / Tenggek burung.
  12. Daun kari
  13. Limau nipis
  14. Limau purut
  15. Limau Kasturi.
  16. Kailan
  17. Sawi
  18. Kesum
  19. Daun parsly
  20. Kunyit
  21. Daun Pandan
  22. Peria
  23. Sayur Manis /Cekur Manis /Daun Asin
  24. Keladi
  25. Lambok